应用故事型作文优美句子:Pengalaman Anda Bercuti Di Tanah Tinggi Genting Bersama-sama Keluarga

 2022 年 8 月 16 日, Emily Chia


Pada minggu yang lalu, ayah bercadang untuk membawa kami sekeluarga bercuti ke Tanah Tinggi Genting. Saya dan abang melonjak kegembiraan kerana makluman tersebut bagi kami bagai bulan jatuh ke riba. Pada hari itu, kami bangun awal untuk membuat persiapan. Selepas itu, kami bertolak ke Tanah Tinggi Genting dengan menaiki kereta ayah.


     Dalam perjalanan, kami berbual-bual sambil ketawa terbahak-bahakIbu mengingatkan ayah supaya berhati-hati semasa memandu. Persis kata orang-orang tua, biar lambat asalkan selamat. Saya dapat melihat panorama yang indah sekali sepanjang perjalanan. Selepas satu jam perjalanan, kami singgah di Jelita Ostrich Farms yang terletak di Seremban. Kami berpeluang untuk memberi makanan kepada burung unta dan kambing di ladang. Adik bongsu saya berasa takut kerana pertama kali melihat burung unta dan kambing pada jarak yang dekat. 


    Kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke Tanah Tinggi Genting. Dua jam kemudian, kami tiba di destinasi. Sebelum menuju ke hotel, kami mengunjungi Taman Strawberi Genting. Kami teruja kerana berpeluang untuk memetik buah Strawberi sambil menikmati udara yang nyaman. Kami juga dapat melihat pelbagai jenis tanaman bunga yang cantik dan segar. Seterusnya, kami menuju ke Hotel Terbesar di Dunia yang telah ditempahkan oleh ayah. Hotel itu amat besar dan cantik.    


     Setibanya di sana, kami membawa bagasi lalu menuju ke bilik kami. Selepas meletakkan barang-barang, kami berkunjung ke Tokong Gua Chin Swee. Ayah mengajak kami sekeluarga untuk menaiki kereta kabel. Saya dan adik berasa seronok kerana ini kali pertama kami menaiki kereta kabel. Kami berasa kagum kerana dapat melihat pemandangan seluruh Tanah Tinggi Genting. Saya berasa selesa ketika menikmati tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Pengalaman ini ternyata menjelma nostalgia. Setelah tiba di tokong, kami mendaki tangga untuk sampai ke puncak pagoda tokong. Saya bersembahyang semoga keluarga saya sentiasa sihat. Satu jam kemudian, kami merarau di sebuah restoran. 


    Pada sebelah petang, kami mengunjungi pusat membeli-belah disamping mencari restoran untuk mengisi perut yang lapar. Saya dan abang makan dengan gelojohnya kerana makanan di situ enak-enak belaka. Selepas itu, kami membawa adik bermain di Taman Tema Skytropolis Genting. Adik berpeluang manaiki permainan kereta api dan kuda. Saya dan abang pula bermain permainan yang lebih mencabar keberanian seperti kapal berpusing 360 darjah dengan kelajuan yang cepat. Pada pukul 9.30 malam, kami pulang ke hotel untuk merawat kelesuan



    Pada hari kedua, kami berkunjung ke Taman Tema Genting SkyWorlds. Sebelum masuk ke taman tema, ayah beratur membeli tiket di kaunter. Terdapat ramai pengunjung di sana seperti  ikan dalam belat. Kami beratur untuk masuk ke pintu gerbang taman tema selepas ayah membeli tiket. Rasa gembira berbunga di lubuk hati saya apabila melihat pelbagai jenis permainan di dalam taman tema. Saya dan abang tidak sabar untuk mencuba semua jenis permainan di situ. Ayah dan ibu menemani adik bermain permainan yang bersesuaian dengan tahap ketinggiannya. Empat jam kemudian, kami menjamu selera di sebuah restoran. Saya dan abang makan dengan gelojohnya kerana terlalu lapar. Selepas makan, kami singgah di kedai untuk membeli cenderamata. Saya telah membeli beberapa utas rantai kunci untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan. Pada pukul 5.00 petang, kami pulang ke hotel.   


    Pada keesokan harinya, kami mengemaskan barang-barang lalu mendaftar keluar dari hotel. Selepas itu, kami pulang ke rumah dengan seribu kenangan yang tidak mungkin terpinggir dari ingatan. Saya amat girang hati kerana dapat bercuti ke Tanah Tinggi Genting.   

     

  1. melonjak kegembiraan : 开心地跳起来
  2. bulan jatuh ke riba :意外的收获:得到好处
  3. berbual-bual sambil ketawa terbahak-bahak:一边聊天一边大笑
  4. biar lambat asalkan selamat: 只要安全就让它慢一点
  5. panorama yang indah sekali: 美丽的风景
  6. menuju ke :去
  7. tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa:微风习习
  8. menjelma nostalgia:怀旧
  9. mengisi perut: 填饱肚子
  10. makan dengan gelojohnya: 狼吞虎咽
  11. makanan di situ enak-enak belaka:那里的食物非常好吃
  12. merawat kelesuan治疗疲劳
  13. Terdapat ramai pengunjung di sana seperti  ikan dalam belat:人山人海
  14. Rasa gembira berbunga di lubuk hati saya:心花怒放
  15. seribu kenangan yang tidak mungkin terpinggir dari ingatan:让我无法忘怀的种种回忆
  16. girang hati:开心


》如果您想要孩子爱上学习或想要孩子学习应用优美句子在写作上发挥, 请点击此处询问。 我们也有提供一对一教学,让孩子轻松快乐学习!


》如果您想家庭与事业都能兼顾,欢迎点击获取说明会链接


您可以在社交媒体上追随我:-

个人网页

Facebook

Facebook 

抖音

Youtube

评论