如何应用Fakta型作文优美句子:sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit/sediakan payung sebelum hujan

 2022年8月13日Emily Chia


Faedah Menabung

Menabung merupakan amalan yang mulia perlu disemat dalam setiap individu. Hal ini disebabkan amalan menabung membantu seseorang menghadapi saat-saat kecemasan dalam hidup mereka. Pelbagai faedah menabung boleh diperolehi dan amalan ini perlu didedahkan kepada generasi muda agar mereka mengamalkan amalan menabung ini. 

    Wang simpanan daripada amalan menabung dapat digunakan pada waktu kecemasan seperti kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan". Hal ini dikatakan demikian kerana dengan adanya wang tabungan yang disimpan menjadi mudah untuk seseorang guna pakai apabila berlaku kecemasan. Contohnya, apabila seseorang itu ditimpa kemalangan seperti rumah terbakar, mereka dapat menghadapinya dengan tabah melalui tabungan dibuat. Keadaan ini dapat mengurangkan kesengsaraan kepada seluruh ahli keluarga yang melanda bencana tersebut.  

    Selain kegunaan pada masa kecemasan, wang tabungan atau simpanan juga dapat membantu para remaja meringankan beban ibu bapa kerana duit simpanan mereka dapat digunakan bagi menanggung kos perbelanjaan sendiri. Dengan ini, ibu bapa dapat menyediakan wang untuk perbelanjaan bagi anak menyambungkan pembelajaran di universiti. Di samping itu, remaja juga dapat berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa. Sebagai contoh, pelajar sekolah boleh menabung dengan menyimpan sepertiga daripada wang saku yang diberikan oleh ibu bapa. Walaupun jumlah tabungan sedikit tetapi pepatah Melayu ada mengatakan sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Justeru, amalan menabung ini membentuk jati diri menjadi insan yang mempunyai pegangan dan pendirian yang teguh. 

    Amalan menabung juga dapat digunakan pada hari tua. Terutama bagi mereka yang bernasib malang tidak mempunyai anak-anak yang sanggup menjaga mereka pada usia tua dan diusir dari rumah serta ditempatkan di rumah orang tua-tua. Oleh itu, amalan menabung ini merupakan salah satu jalan keluar daripada masalah yang selalu berlaku keatas kalangan warga emas. 

    Kesimpulannya, setiap individu perlu menjadikan amalan menabung ini sebagai satu rutin hidup agar kita dapat menjamin kesejahteraan hidup yang selesa dan terjamin malah tidak perlu risau dengan masa depan walaupun berlaku perkara yang tidak diduga.   


》如果您想要孩子爱上学习或想要孩子学习应用优美句子在写作上发挥, 请点击此处询问。 我们也有提供一对一教学,让孩子轻松快乐学习!


》如果您想家庭与事业都能兼顾,欢迎点击获取说明会链接


您可以在社交媒体上追随我:-

个人网页

Facebook

Facebook 

抖音

Youtube


评论